Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sepanjang diberi ruang mentadbir negeri ini, kerajaan BN  telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan bumi Jelapang Padi ini dipelihara.

Beliau berkata, BN negeri juga mengharapkan sistem demokrasi dan perlembagaan negara  terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga.

"Semoga negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihara kedaulatannya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebentar tadi.

Pada PRU-14 semalam, PH yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya memenangi sebanyak 18 daripada 36 kerusi DUN di negeri ini.

Sementara itu, Pas dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 15 dan tiga kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen, PH menawan 10 kerusi Parlimen diikuti Pas tiga kerusi dan BN hanya dua kerusi Parlimen. - K! ONLINE