Timbalan Pengerusi BN,  Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laluan tersebut merupakan satu titik permulaan dan persefahaman di antara kedua-dua parti sebagai satu gerakan politik baharu dalam Malaysia Baharu.

"Ini sebagai satu timbal balik dalam menghormati dan menghargai pengorbanan Pas kepada BN dalam PRK DUN Sungai Kandis.

"Kita akan bersungguh sama ada BN, UMNO dan saya sendiri akan turun membantu calon Pas yang akan dipertaruhkan dalam PRK tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Seri Setia Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 6.28 petang semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Shaharuddin berjaya memperolehi majoriti undi 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pas dan calon bebas. - K! ONLINE