Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN kelak.

"Jika BN bersetuju untuk meletak calon, semua pandangan akan diambil kira termasuk daripada Badan Perhubungan Negeri dan juga bahagian sebelum memutuskan siapa calon yang layak dan berkredibiliti untuk mewakili BN dalam PRK tersebut.

"Setakat ini kita BN akan meneliti dan berbincang perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini bahawa kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan. - Bernama