Kejadian berlaku kira-kira 12.02 tengah malam ketika lelaki berusia 27 tahun itu yang memandu sendirian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama rakannya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa dikatakan sempat keluar dari kenderaan menyedari kepulan asas yang keluar dari bahagian bonet enjin BMW tersebut.

Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.04 tengah malam.

"Kebakaran tersebut telah memusnahkan 70 peratus bahagian kereta berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bateri kereta berikutan terdapat kebocoran wayar elektrik," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya mengambil masa 26 minit bagi mengawal kebakaran sebelum operasi ditamatkan pukul 1.02 pagi.

Jelas Samsol nilai kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE