Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, sebanyak 139,338 rumah mampu milik atau 12.5 peratus daripada jumlah sasaran telah siap dibina, manakala 311,281 buah rumah atau 28 peratus kini dalam pembinaan.

“Bakinya berada pada peringkat perancangan dan prakelulusan.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membina satu juta rumah telah pun dapat dipenuhi,” katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.