Banjir termenung merujuk kepada air yang terkepung dan tidak dapat mengalir keluar ke­rana tiada saluran untuk kembali ke sungai.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha berkata, walaupun hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah berhenti pada petang kelmarin, namun paras air Sungai Golok masih melebihi tahap bahaya.

“Kita menjangkakan banjir termenung ini akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 77 kilometer persegi di Tumpat.

“Air tidak dapat mengalir ke laut berikutan paras laut yang tinggi, jadi kawasan rendah seperti Tumpat akan menerima kesan apabila air dari kawasan Rantau Panjang berkumpul di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.