Selain jangkaan harga barang meningkat misalnya set televisyen, perkakas elektronik dan kende­raan seperti yang telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dikhuatiri harga barang keperluan pengguna se­perti makanan tidak akan turu.

Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, pengguna masih gusar tentang keberkesanan sistem SST dan mungkin akan berlaku pembelian panik sebelum cukai tersebut dilaksanakan.

Jelasnya, bergantung kepada mekanisme pelaksanaannya nanti, tidak mustahil harga barang boleh turun berbanding sewaktu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dahulu.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.