Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Shafarol Abd. Rahim berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penuntut berada di lokasi kejadian semasa kebakaran itu berlaku.

"Semasa kejadian, penghuni asrama wanita institut itu sedang mengikuti kelas di bangunan lain.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.

"Bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan nilai kerugian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bilik itu mampu memuatkan dua penuntut pada satu masa. - K! ONLINE