Tertuduh, Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Muhammad Ashraf yang me­rupakan seorang bilal di sebuah surau di Macallum di sini dilihat berada dalam keadaan sebak sejurus jurubahasa menunjukkan gambar keadaan tangan kiri bekas iste­rinya semasa me­nerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan cara menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang bekas isterinya, Nur Syamira Muhammad Thandayu Thapani, 24, di tingkat tiga, tempat meletak kenderaan, Flat Bayu ­Nyaman, Bayan Lepas di sini pada pukul 12.55 pagi, 12 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.