Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (Bikum), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program yang diadakan pada 23 hingga 26 Januari itu merupakan inisiatif kerajaan untuk mendekati rakyat di enam daerah di negeri ini.

"Program ini merupakan terjemahan kepada fungsi parti kepada rakyat untuk terus mendekati mereka sehingga ke peringkat akar umbi.

"Kerajaan sentiasa mendekati rakyat dan rakyat akan terus bersama kerajaan. Lagipun, kita bukan parti retorik memandangkan kita akan melaksanakan semua perkara yang disuarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Siri Jelajah Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Bikum bersama UMNO Negeri Sabah dan Bahagian Kota Belud di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengurusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia. - K! ONLINE