Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan kelindan lori cedera ringan di pinggang dan lutut manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal yang dilakukan mendapati kemalangan berlaku apabila lori treler berkenaan yang membawa muatan bihun serta beras terbabas apabila cuba mengelak sebuah lagi lori yang menghimpit di laluannya. 

"Lori treler berkenaan kemudiannya terbalik sehingga mengakibatkan muatannya jatuh ke atas jalan raya dan terkena sebuah kereta jenis Toyota Vios," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Menurut Zani, kejadian tersebut telah mengakibatkan kesesakan jalan raya memandangkan hanya dua sahaja lorong yang dibuka untuk laluan kenderaan. 

"Anggota polis trafik turut dikejarkan ke lokasi bagi mengawal lalu lintas dan muatan lori treler berkenaan yang bertaburan telah dipindahkan ke kenderaan yang lain. 

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegas beliau. - K! ONLINE