Lebih menyedihkan, apabila kereta jenis Nissan Almera dipandu mangsa berusia 30-an tersangkut dalam lumpur di ladang tersebut dalam kejadian pukul 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Mohd. Hafizie Hassan berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai beserta jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan 8.36 pagi.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian didapati kereta mangsa terperangkap di dalam lumpur.

"Berdasarkan siasatan awal mangsa dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di salah satu kawasan di Bandar Saujana Putra dari Ulu Yam. 

"Mangsa yang menggunakan aplikasi navigasi Waze tersesat dalam ladang kelapa sawit berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Jarak perjalanan dari Ulu Yam ke Bandar Saujana Putra adalah sejauh 76 kilometer. 

Jelas Mohd. Hafizie, pihaknya mengambil masa selama dua jam untuk membawa keluar kereta mangsa dari laluan berlumpur sebelum operasi ditamatkan pukul 10.36 pagi - K! ONLINE