Difahamkan, perbezaan gaji mereka adalah RM250 sebulan walaupun kedua-duanya sama pangkat iaitu pengawal kesela­matan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, perasaan tidak puas hati antara mangsa, Masri Pandak, 37, dengan suspek yang berusia 52 tahun itu disyaki bermula sejak tiga bulan lalu.

“Suspek beranggapan mangsa cuba untuk masuk campur urusan kewangan dan pekerjaannya di kilang tersebut selain menyebarkan cerita kurang enak berkaitan dirinya kepada orang lain.

“Perkara itu menyebabkan suspek bertindak menembak mangsa dari jarak dekat ketika mereka sedang bertugas pada syif petang Jumaat lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.