MAHDZIR
MAHDZIR

Fakta sebelum ini me­ngatakan individu pertama me­ngasaskan Kuala Lumpur ialah Yap Ah Loy yang berasal dari Huizhou, Guangdong, China.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 termasuk guru-guru dan pihak berkaitan diarahkan supaya berbincang bagi mengkaji semula fakta tersebut.

Katanya, kerajaan bersedia untuk mengkaji semua perkara tersebut kerana ia melibatkan fakta sejarah penting yang selama ini dijadikan tujukan oleh pelajar di seluruh negara.

“Kita akan berbincang bersama komuniti di peringkat kementerian yang melibatkan ahli Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah, guru-guru serta pihak berkaitan.

“Ia penting kerana melibatkan sejarah negara dan saya juga akan berbincang dengan pakar-pakar sejarah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.

Semalam Kosmo! melapor­kan pakar-pakar sejarah tempatan menggesa kerajaan untuk mengkaji dan meneliti semula fakta dalam buku teks sejarah sekolah mengenai kesahihan individu pertama yang membuka Kuala Lumpur.

Polemik sejarah Kuala Lumpur timbul apabila sebuah buku dengan judul Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur ditulis Abdur-Razzaq Lubis mendedahkan penemuan baharu mengenai pengasasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.