Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, tujuan penubuhan Bersatu adalah untuk membela dan membangunkan kaum Melayu supaya hak-hak mereka terpelihara.

Menurutnya, parti yang ber­usia hanya dua tahun itu kini sudah menjadi kerajaan bagi membantu orang Melayu dan mengurangkan jarak ekonomi dengan kaum lain.

“Kita juga akan tentukan mereka dilatih dengan cara-cara mengurus, terutama pengurusan wang. Kita akan semai ke dalam hati sanubari mereka nilai-nilai yang mulia dan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap penyelewengan,” katanya ­keti­ka berucap sempena sambutan U­lang Tahun Kedua Bersatu di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.