Menurut Perdana Menteri, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

"Kita buat keputusan dalam mesyuarat. Kita adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dulu (sebelum membuat apa-apa keputusan melebarkan sayap ke Sabah)," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Hajiji Noor bahawa Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama lag.

Susulan itu, Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata, perkara tersebut diharapkan tidak berlaku memandangkan Warisan dan Bersatu sudah mencapai kesepakatan tentang hal berkenaan. - Bernama