Setiausaha Akhbar kepada Rohani, Kamarul Farid Kamaruddin dalam satu kenyataan menafikan Ahli Parlimen Batang Lupar tersebut sakit dan dimasukkan ke HUS di sini.

Katanya, Rohani ke HUS hanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan beliau mengalami demam biasa.

"Sehubungan itu, merujuk kepada laporan yang ditularkan dalam media sosial dan portal berita mengatakan Menteri (Rohani) sakit adalah tidak benar seperti mana yang dilaporkan.

"Setiausaha Politik, Saifuddin Matsah dan Setiausaha Kanan, Reza Rizvy juga mengesahkan laporan yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE