Vingada ‘angkat kaki’ atas dasar tanggungjawab ekoran pre­s­tasi buruk skuad kendaliannya sejak beliau dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 15 Mei lalu. Di bawah kendalian Vingada yang terkenal dengan gelaran ‘The Professor,’ ‘Harimau Malaya gagal meraih sebarang kemenangan apabila merekodkan satu keputusan seri dan enam kali tewas.

Ia satu pencapaian yang cukup mengecewakan buat pemerhati dan peminat bola sepak tanah air yang sebelum itu mengharapkan sentuhan Vingada mampu melonjakkan kembali prestasi Harimau Malaya. Kini tanggungjawab besar dipikul Cheng Hoe untuk mengangkat kembali maruah Harimau Malaya yang semakin tercalar teruk gara-gara prestasi hambar sejak lebih setahun lalu.

Apa tidaknya, mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan sejak November 2016, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong setia Harimau Malaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.