Sambil mengulangi pendirian kerajaan, beliau menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH)  tidak pernah mengiktiraf golongan tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk membantu memulihkan golongan itu. 

"Kerajaan PH tidak pernah mengiktiraf LGBT. Itu kena jelas. Walaupun menjadi suatu isu apabila kami  menyantuni mereka, itu hanyalah untuk merawat dan merupakan antara program yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pemulihan.

Ramai yang tidak sedar, 80 peratus kelompok transgender terlibat dalam industri seks dan ini sangat mengecewakan. Kita dekati golongan ini supaya mereka keluar daripada industri tersebut. Tidak timbul soal kita berikan mereka usaha untuk mereka berdikari dan sebagainya,"katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang ingin tahu pendirian kerajaan berkenaan isu tersebut. - Bernama