Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Azmi Ghazali berkata, penelitian yang dilakukan pihaknya mendapati tiada sebarang masalah dikesan melibatkan faktor jalan rosak. 

“Pada musim kemuncak seperti cuti perayaan dan cuti sekolah, LLM telah melakukan pelbagai program dan kempen bagi mengurangkan kadar kemalangan serta kesesakan jalan seperti menutup lorong tunai dan tidak membenarkan penggunaan kenderaan berat. 

“Bagaimanapun, kemalangan tetap masih berlaku. Sikap pemandu yang tidak berhemah dan berdisiplin di atas jalan antara punca kadar kemalangan semakin meningkat selain faktor tidak menyelenggara kenderaan secara berkala,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyiram 30 kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Beramai-ramai Gunung Semanggol di Dewan Kampung Padang Lalang di sini hari ini. - K! ONLINE