Satu sumber memberi­tahu, gurauan D. Tharani, 35, sejak dua ming­gu lalu dikatakan mencetuskan rasa kecewa dan tidak puas hati kekasihnya yang berusia 37 tahun terhadap mangsa.

“Kelmarin merupakan kemuncak perasaan kecewa dan tidak puas hati suspek yang gagal mengawal emosi lalu menikam wanita dicintainya.

“Kejadian itu berlaku semasa pasangan itu pergi ke pasar raya Giant di Damansara untuk membeli-belah tetapi tercetus perselisihan faham di tempat letak kereta,” kata sumber itu semasa dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.