Disebabkan kurang upaya, banyak perkara yang Kar Yan tidak mampu lakukan termasuk mengemas rumah sendiri.

Seperkara lagi, perbuatan wanita itu yang suka mencari dan mengumpul barangan terpakai sejak bertahun-tahun lamanya untuk dijual bagi menyara kehidupan menyebabkan kediaman itu ibarat tongkang pecah.

Ada jiran mengaku sedikit ‘terganggu’ dengan persekitaran rumah dua beranak itu. Namun, jauh dari sudut hati, mereka memahami kekurangan yang ada pada diri golongan orang kelainan upaya (OKU) itu yang telah membataskan segalanya.

Kisah keluarga malang itu kemudian menjadi ‘bahan cerita’ selepas lawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan bersama Gabungan Persatuan Penduduk Kawasan Temiang ke kediaman itu.

Rumah Kar Yan disifatkan dalam keadaan bahaya kerana berisiko terbakar pada bila-bila masa.

Selepas satu kata muafakat dicapai, beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Se­remban, Tenaga Nasional Berhad, SWM Environment Sdn. Bhd. dan polis menggembleng tenaga membersihkan rumah dua beranak itu semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.