Dr. Abdul Aziz Lai Mohd. Fikri Lai, 28, berasal dari Kuching, Sarawak itu berjaya memperoleh Anugerah Penyelidikan Cemerlang PhD Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa yang disampaikan Tuanku Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Konvokesyen UiTM ke-90.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, sikap berdikari itu telah didik oleh bapanya, Mohd. Fikri Lai Abdullah, 54, yang merupakan ketua cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Beaufort, Sabah. 

Katanya, bapanya itu selalu menekankan supaya sentiasa berusaha dalam hidup dan yakin pada Allah. 

"Saya menggunakan wang saku tersebut bagi menampung serba sedikit urusan pengajian saya di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di UiTM selain dibantu pemberian bapa sebanyak RM300 dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Setiap wang itu digunakan sebaiknya sehingga berjaya memperoleh anugerah dekan bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) masing-masing 3.86 dan 3.74," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fikri yang kini bergelar sebagai Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM cawangan Sabah, kecemerlangannya berterusan apabila berjaya melanjutkan pengajian kepada PhD tanpa melalui program Ijazah Sarjana. 

Ujarnya, ini berikutan keputusan pengurusan pentadbiran terhadap tesis penyelidikan dilakukannya dalam menganalisa corak perdagangan Malaysia dengan 132 rakan dagangan seluruh dunia menggunakan teknik 'generalized method of moments' (GMM) dan 'segregation semasa Ijazah Sarjana adalah bertaraf PhD. 

"Justeru, saya berjaya memendekkan tempoh kepada tiga tahun berbanding kebiasaannya bagi pengajian Ijazah Sarjana dan PhD adalah lima tahun dengan ditawarkan 
biasiswa tenaga pengajar muda UiTM.

"Saya ingin memulangkan segala pembelajaran yang dipelajari kepada anak didik terutama di UiTM Sabah," katanya. 

Seramai 109 graduan PhD menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama daripada 22,594 graduan bagi konvokesyen UiTM ke-90 tahun ini. - K! ONLINE