Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman memberitahu benteng sepanjang 50 meter yang dibina dengan kos kira-kira RM300,000 itu didapati tidak cukup tinggi untuk menahan air ombak hingga menyebabkan lima buah rumah yang didiami penduduk di masuki air .

Justeru, beliau berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya segera mengambil tindakan dan dapat memastikan banteng tambahan dibina di situ sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini.

"Saya berharap agar peruntukan  diberikan supaya satu benteng tambahan setinggi satu meter dapat dibina segera agar pembinaannya dapat menyelamatkan penduduk terutamanya lima keluarga yang tinggal di pesisiran pantai di kampung berkenaan yang terjejas apabila berlaku ombak besar", katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, beliau juga bimbang keadaan akan semakin buruk menimpa penduduk kampung itu ekoran  fenomena air pasang besar yang dijangka melanda kawasan perairan Terengganu bermula semalam hingga 3 Jan depan.

Bagaimana pun katanya sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya telah meletakkan petugas termasuk anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memantau fenomena berkenaan yang dijangka membawa ombak setinggi 3.5 meter. - Bernama