Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini memandangkan proses kajian semula masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi KKM.

"Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini.

"KKM memberi jaminan bahawa proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaan semula akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu sebagai maklumat balas terhadap gambar notis pemberitahuan penutupan K1M di sekitar Lembah Klang yang tular di media sosial sejak pagi tadi. - Bernama