Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya sedia maklum berhubung isu berkenaan yang viral di media sosial namun belum menerima sebarang laporan berhubungnya.

“Kita akui ada percubaan untuk membawa masuk pelbagai perisa cecair vape (mengandungi dadah)ke negara ini dan kita mengambil langkah pencegahan.

“Polis bekerjasama dengan pihak kastam serta pihak kesihatan untuk menangkis cubaan-cubaan tersebut. Dalam isu vape ini setakat ini belum ada laporan mereka yang menggunakan perisa tertentu diuji positif morfin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Mohd. Khalil berkata, suatu ujian kimia perlu dilakukan dalam mengesahkan cecair vape yang dikatakan itu mengandungi dadah sehingga mengakibatkan penggunanya positif morfin.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp mengatakan satu perisa cecair vape membuatkan penggunanya positif morfin selepas menjalani ujian saringan air kencing. - K! ONLINE