Tertuduh, Ridzuan Mat Nor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim G. Ramesh.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa menggunakan empat keping wang RM100 dengan mengetahuinya palsu sebagai tulen kepada Madzar Abd. Aziz di Jalan Lenggeng-Broga Ulu Beranang dekat Nilai pada pukul 11.30 pagi, 3 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan dua keping wang RM100 dengan niat sama kepada Rosli Ismail di simpang Jalan Kampung Tengah, Lenggeng dekat Nilai pada pukul 9.30 pagi, 9 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.