Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima pada 2014 itu mendapati, rata-rata orang bujang tidak mampu menyediakan kos perbelanjaan me­langsungkan perkahwinan yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM20,000.

Menurut laporan itu, golo­ngan bujang hanya mampu menyediakan RM14,000 untuk perbelanjaan perkahwinan meliputi barang hantaran, cincin, baju serta persalinan, jamuan makan, pe­lamin, kad kahwin, kos fotografi dan lain-lain.

“Anggaran purata perbelanjaan yang mampu disediakan oleh lelaki dan perempuan adalah tidak jauh berbeza masing-masing sebanyak RM14,000 dan RM13,000.

“Sementara itu, anggaran purata perbelanjaan mi­nimum perkahwinan yang diperlukan untuk sesebuah perkahwinan adalah lebih kurang RM20,000,” kata laporan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.