Kejadian itu berlaku ketika keadaan cuaca hujan beserta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di negeri ini kira-kira pukul 1.30 petang.

Fenomena berkenaan dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit yang datang dari arah laut menuju ke kawasan darat di sekitar Tanjung Tokong di sini.

Namun, rata-rata orang ramai mendakwa kejadian semalam adalah antara yang paling besar pernah disaksikan.

Seorang peniaga gerai pisang goreng di Pasar Tanjung Tokong, Zaleha Mat Zain, 52, berkata, dia sempat menyelamatkan diri ke masjid berdekatan ketika fenomena itu melintasi kawasan gerainya.

“Saya takut selepas dengar bunyi angin yang kuat ketika sedang bersiap membuka gerai serta segera menutup gas dan lari.

“Angin kuat beserta hujan telah menerbangkan beberapa gerai peniaga lain sebelum angin kencang itu menuju ke kawasan kampung pula,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Belalai air merupakan fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai yang tidak bahaya. Ia berlaku disebabkan kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah.

Kejadian itu dikatakan merupakan fenomena biasa yang sering berlaku di perairan negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.