Perdana Menteri berkata, kaedah yang dijalankan semua agensi terlibat ketika ini wajar diteruskan bagi melicinkan segala operasi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya berpuas hati ke­rana semuanya berjalan lancar. Mengikut laporan yang saya terima, kaedah pengurusan banjir di seluruh negara ketika ini dijalankan dengan baik sekali.

“Semua mangsa banjir juga dibantu dengan kaedah yang mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat dalam menghadapi waktu musibah ini,” kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.