Sepanjang karier dalam dunia seni dan hiburan tanah air, Allahyarham yang berasal dari Kelantan pernah menguruskan beberapa orang artis popular lain antaranya Datuk Seri Rossa.

Arwah berkhidmat sebagai PRO di syarikat rakaman tempatan SRC dan pernah menguruskan kerjaya beberapa artis ternama lain seperti Tomok, Liza Hanim, Sofaz dan kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.

Arwah Bard meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.

Jenazah akan dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata, Hulu Kelang, selepas Zuhur. - K! ONLINE