Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ramli menjadi calon bukan atas keahlian mana-mana parti komponen, sebaliknya merupakan calon langsung BN.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi menjaga hati parti-parti komponen terutama MIC yang meminjamkan kerusi tradisi parti tersebut kepada BN.

“Beliau (Ramli) adalah anak tempatan yang mewakili 22 peratus pengundi di sana (Orang Asli).

“Ramli merupakan bekas penjawat awam yang mempunyai rekod yang baik sebagai bekas Penolong Pesuruhjaya Polis yang baharu sahaja bersara dan mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Ujar Mohamad Hasan, beliau yakin dengan kemenangan BN kali ini setelah pihak pembangkang tewas empat PRK sebelum ini.

Mohamad Hassan turut mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana tidak meletak calon atas dasar muafakat pembangkang. - K! ONLINE