Hakim Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tan Teck Keong, 36, di akhir kes pendakwaan.

Ab. Karim dalam penghakimannya menegaskan elemen utama iaitu jagaan kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah itu telah gagal dibuktikan pendakwaan.

"Sehubungan itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine seberat 369. 9gram.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang boleh dihukum gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Teck Keong juga didakwa atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis Nimetazepam dengan berat keseluruhan 200.1 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Sekyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang pukul 3 pagi pada 16 November 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli mengemukakan sembilan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan bermula pada 1 April lalu.

Tertuduh pula diwakili Peguam Datuk Hariharan Tara Singh. - K! ONLINE