Tertuduh, N. Thevanathan, 51 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa mengemukakan dokumen palsu kepada pengurusan USM untuk mendapatkan jawatan sebagai pensyarah di universiti tersebut pada 15 Ogos 2008.

Tertuduh juga didakwa dengan curang telah mendorong USM menyerahkan bayaran berjumlah RM195, 081.38 sebagai bayaran untuk perkhidmatannya sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan suatu dokumen iaitu sijil kelulusan Doktor Persuratan (PhD) dalam bidang Pendidikan dari Universiti of Maryland, Amerika Syarikat (AS) sebagai bukti kelayakannya untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Majistret Umma Devi kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM17,500 untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 4 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - K! ONLINE