Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu terhadap Noorazlina Shamsuddin, 45, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Rozilah menetapkan 2 Ogos ini untuk tertuduh membela diri.

Mengikut semua pertuduhan, Noorazlina didakwa dengan niat membuat tuntutan palsu melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor iaitu Core Entity Sdn. Bhd. dan Excellent Spring Sdn. Bhd. bagi kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat TM MSC, Kompleks TM Cyberjaya dekat sini antara 17 April 2012 dan 2 Januari 2013.

Noorazlina didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suaman atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar.

Seramai 56 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula November 2014. - K! ONLINE