Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Che Samudin Hassan berkata, setakat ini bekalan sayur-sayuran itu diterima daripada pembekal tempatan serta dari Cameron Highlands dan Tangkak, Johor.

Katanya, bagaimanapun bekalan kubis, cili dan lobak terpaksa diimport dari Indonesia dan China. 

"Bagi bekalan kelapa pula , biasanya pada musim perayaan Hari Raya sebanyak 150,000 biji diperlukan dan jumlah itu mencukupi. 

"FAMA menerima jumlah yang cukup daripada pembekal sedia ada malah pusat pengumpulan kelapa import dari Indonesia kita di Batu Pahat, Johor boleh diperolehi bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Bazar Aidilfitri Industri Asas Tani anjuran FAMA Melaka oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee di AEON Bandaraya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, pada majlis tersebut Norhizam berkata, kerajaan negeri yakin hasil jualan RM350,000 yang disasarkan FAMA sepanjang berlangsung Bazar Aidilfitri itu mampu dicapai.

"Sejak dibuka pada awal Ramadan lalu, nilai kutipan jualan sudah mencecah RM200,000. 

“Kerajaan negeri juga akan berikhtiar selepas hari raya ini untuk membawa produk-produk industri asas tani para pengusaha tempatan dapat dijual di pasar raya dan pusat beli-belah utama negeri ini,” katanya.