Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, langkah itu dilaksanakan jika terdapat permintaan tinggi bagi bekalan daging lembu menjelang perayaan itu.

Katanya, pihaknya akan memantau secara dekat terutama dalam memastikan lembu yang diimport itu mengikut piawaian ditetapkan selain bebas daripada penyakit.

“Bagi perayaan Aidiladha, buat masa ini bekalan makanan masih mencukupi, cuma kita melihat permintaan daging yang dijangka meningkat pada musim perayaan ini.

“Sebagai langkah mengelak bekalan tidak mencukupi, kerajaan akan dapatkan bekalan lembu dari Thailand,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.