Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, tinjauan pihaknya ketika ini mendapati bekalan terutamanya bagi sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan.

"Bila Ramadan tiba, dua barangan yang akan meningkat berkali ganda permintaannya ialah ayam dan kelapa, namun bekalannya dijangka akan cukup.

"Kita juga telah membawa kelapa dari Sabah iaitu Pulau Papabak untuk tambah bekalan pada bulan puasa," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikin selepas Melakukan Lawatan Kerja dan Penyampaian Geran Insentif Karavan Tani Sempena Penang FAMA Fest 2019 di Seberang Jaya di sini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan geran insentif bernilai RM19,910 kepada seorang usahawan karavan yang menjual aiskrim dan dadih bagi menaiktaraf trak perniagaannya. - K! ONLINE