Beliau berkata, antara langkah itu ialah penutupan beberapa lampu isyarat di Jalan Kuala Pilah-Seremban mulai hari ini sehingga 27 Ogos depan.

"Lampu isyarat terbabit ialah persimpangan Ampang Tinggi, di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh; di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Idris, Tanjung Ipoh; di hadapan SK Yam Tuan Hitam, Terachi; di kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul dan di hadapan SK Ulu Bendul.

Penutupan lampu isyarat persimpangan Ampang Tinggi akan menyebabkan pengguna jalan raya dari arah Seremban Lama yang ingin menghala ke Seremban perlu membuat pusingan 'U' di persimpangan lampu isyarat di hadapan Pasar Raya Giant Kuala Pilah kerana lorong menghala ke Seremban akan ditutup bagi melancarkan aliran trafik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, katanya dua persimpangan utama di bandar ini (Kuala Pilah) yang akan ditutup mulai hari ini hingga 27 Ogos ini ialah persimpangan Jalan Undang Johol-Jalan Perpatih dan persimpangan Jalan Datuk Undang Johol-Jalan Datuk Abdul Manap. - Bernama