Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, hujan mula melanda pada pukul 3 petang menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air kira-kira 0.5 meter.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Haji Yaakob, Kampung Mohd. Amin, Jalan Tahar, Danga Bay serta Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

"Pihak kami akan melakukan pemantauan awal ekoran bencana ini dan setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka.

"Hujan sudah mula berhenti dan kami menjangkakan air akan surut dalam masa 20 hingga 30 minit," katanya. - K! ONLINE.