Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Roslan Ali berkata, jalan yang terlibatakan ditutup secara berperingkat bermula 8 hingga 11 malam Sabtu.

"Bagi daerah Timur Laut, susur dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke pintasan Bayan Indah akan ditutup.

"Kenderaan dari pusat bandar George Town yang ingin menghala ke pintasan Bayan Indah akan dilencongkan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke bulatan Bayan Baru untuk ke Jalan Sultan Azlan Shah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata susur keluar pengkalan polis marin menghala ke Pantai Jerejak juga ditutup dan kenderaan yang dating dari pengkalan marin akan dilencongkan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu arah ke bulatan Bayan Baru. – Bernama