Kamaruzaman Awi, 47, dari Dungun, Terengganu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia atas kesalahan menceroboh perairan negara itu pada April tahun lalu.

Dia merupakan antara enam nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sebelum dibebaskan selepas perbicaraannya dihentikan atas rundingan antara kedua-dua kerajaan pada November lalu.

Kamaruzaman berkata, dalam kejadian April tahun lalu, bot kelas B yang dikemudinya terbabas ke Kepulauan Latuna berhampiran sempadan antarabangsa sebelum botnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.