Menurut laporan itu, marina Kuala Kedah tidak pernah beroperasi sejak siap dibina pada tahun 2003 manakala marina Pulau Mentagor di Perak tidak mencatatkan sebarang kema­sukan kapal layar sejak mula beroperasi pada tahun 2010.

Dua lagi marina awam iaitu di Muar, Johor dan Tanjong City Marina di Pulau Pinang pula didapati menghentikan operasi apabila mengalami kerosakan serius pada struktur pontun manakala marina Tanjung Gemok di Pahang yang berhenti operasi telah diserahkan untuk kegunaan Maritim Malaysia.

Kesemua marina awam yang dinyatakan adalah antara­ 11 projek marina awam di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan yang menelan belanja keseluruhan RM323.16 juta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.