Hadiah cabutan bertuah lain buat pengunjung termasuk pelbagai barangan kemas, set perabot dan barangan elektrik.

Pengurus Anson Sepakat Event Management dan Rose One Enterprise, Mohd. Ridzuan Sawitok berkata, pihaknya menyediakan kira-kira 80 lot gerai jualan yang dibuka kepada orang awam yang berminat untuk menjual produk dan barangan mereka di bazar tersebut.

“Fokus kita tentunya gerai yang akan menjual pelbagai barangan keperluan dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri termasuk baju Melayu, pakaian Muslimah, tudung, kasut dan karpet.

“Barangan tersebut akan dijual pada harga yang berpatutan sepanjang bulan Ramadan yang bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan 45 Anak Yatim Darulsalam di sini kelmarin.

Tambah Mohd. Ridzuan, selain gerai jualan dan cabutan bertuah, pihaknya turut menjemput beberapa artis tempatan termasuk Fadzlee Wahab dan Harry Khalifah.

“Kita turut mengadakan majlis berbuka puasa, ceramah agama dan solat Tarawih berjemaah,” katanya.

Usahawan yang berminat untuk menyertai Bazar Megaraya Aidilfitri Ipoh 2019 boleh mengubungi penganjur di talian 014-941 2241. - K! ONLINE