Kejadian awal disedalri seorang penduduk kampung yang pada mulanya membiarkan seekor kucing peliharaannya untuk makan di kawasan rumah sebelum ternampak bayi tersebut pada pukul 8.10 pagi.

Bayi itu kemungkinan dipercayai baru lahir beberapa jam ditemui di atas rumput berhampiran kawasan pembakaran sampah.

Saksi Mohd. Noor Azam Che Wahab, 31 berkata, penemuan bayi itu disedari sebaik kucingnya secara tiba-tiba menyeberangi jalan berhampiran seolah-olah mahu menunjukkan sesuatu.

Menurutnya, dia kemudian bergerak ke arah kucing yang sedang mengiau dan terkejut apabila terdengar tangisan bayi dengan kesan sedikit darah.

"Saya kemudian memaklumkan kepada jiran dan menghubungi pihak polis," katanya ketika dtemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu penduduk ada ternampak sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) berada di situ beberapa jam dalam keadaan mencurigakan sebelum beredar. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahin Daud berkata, sebaik menerima maklumat anggotanya ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, bayi yang seberat 2.8 kilogram itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dilakukan.

"Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi di balai polis berdekatan," katanya ketilka dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE