Menurut Suzila Ramli, 24, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika dia dan anak sulungnya, Muhammad Hanif Haikal Mohd. Azwan, 5, berada di dapur manakala bayi, Nur Anisa Faiha sedang tidur di ruang tengah rumah.

“Tiba-tiba ribut me­landa dan saya terkejut apabila melihat bumbung ruang tengah rumah di­terbangkan angin dan terus berlari mendapatkan bayi yang sedang tidur di atas tilam di lantai ruang tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.