Bayi yang dibalut dengan kain itu dijumpai di laluan pintu masuk masjid oleh seorang jemaah wanita pada pukul 5.45 pagi sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada bilal.

Turut diletakkan di dalam kotak tersebut botol susu dan bungkusan susu bayi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bilal berusia 60 tahun itu kemudian membawa bayi tersebut pulang ke rumah untuk dibersihkan sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Sungai Rambai.

"Kita percaya bayi tersebut yang sempurna sifat dan dipotong tali pusatnya berusia satu hingga tiga hari.

"Pemeriksaan mendapati masjid berkenaan mempunyai kamera litar tertutup namun tidak memfokuskan di lokasi penemuan bayi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Arshad, bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE