Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, bayi yang dikenali sebagai Nur Khayra itu dibawa ke hospital tersebut kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat lalu oleh ibu bapanya untuk dirawat selepas tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, bayi tersebut bagaimanapun disahkan mening­gal dunia pada pukul 7.30 pagi kelmarin.

Jelasnya, berdasarkan ketera­ngan ibu bapa bayi itu, kejadian tersebut berlaku selepas anak bongsu daripada dua beradik itu terjatuh daripada buaiannya.

“Bayi itu kemudiannya dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) dan telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Laporan pengimbasan tomografi berkomputer menunjukkan mangsa mengalami pendarahan pada otak dan dalam mata,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.