Tragedi pada pukul 1.30 petang itu berlaku di pasar raya Giant di Damansara semasa pasangan yang menaiki kereta Honda City tersebut baru berhenti di tempat letak kereta untuk membeli-belah.

Tidak diketahui motif atau puncanya, mangsa dikenali D. Tharani, 35, ditikam kekasihnya yang berusia 37 tahun.

Pasangan itu bekerja di sebuah kondominium di Kota Damansara. Tharani dikatakan bekerja sebagai kerani manakala kekasih­nya juga bekerja di tem-­
pat sama.

Siasatan awal polis mengesyaki pembunuhan tersebut berpunca daripada perselisihan di dalam kereta sebelum suspek tidak dapat mengawal emosinya lalu menikam leher kekasihnya menggunakan pisau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.