Difahamkan sepasukan 60 pegawai dan anggota polis melakukan pemeriksaan selama 18 jam ke atas rumah berkenaan sejak pukul 10.15 malam kelmarin.

Sebuah trak polis yang di­iringi dua buah motosikal serta sebuah kereta peronda dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu pada pukul 4.40 petang semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati trak polis itu dipenuhi puluhan kotak berwarna biru, namun tidak dapat dipastikan isinya.

Terdahulu, Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, tiada sebarang dokumen yang diambil oleh pihak polis melainkan barang-barang peribadi milik keluarga tersebut.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.